Monday, 26 December 2011

Mnggu 14-database


Pada minggu terakhir ini,saya telah membuat database pelajar dengan menggunakan open office base. Database pelajar juga boleh dibuat menggunakan Microsoft Access..
Langkah-langkah membuat database::











                                                          


Thursday, 22 December 2011

Minggu ke 13

Microsoft Office Excel
Pada minggu ini,kami telah membuat assignment mengenai perbelanjaan dan gred pelajar menggunakan microsoft excel..saya telah mempelajari perkara baru untuk memgira gred pelajar menggunakan excel yang akan saya kongsikan disini.
  1) untuk menyusun nama pelajar mengikut huruf, HIGHLIGHT KN SEMUA NAMA PELAJAR>RIGHT CLICK>SORT>SORT A TO Z.

2)Setiap gred perlu di define name,,contohnya gred bm didefine sebagai GRED_BM,,etc2.. tapi perlu diingatkan supaya menghighlight kn gred tersebut hingga ke bawah seperti contoh gambar di atas.
 3) gred markah pelajar perlu ditulis di satu sudut dan hanya perlu ditulis dalam excel markah yang telah dihighlightkn dengan warna merah sahaja beserta gred nya. selepas itu,define name jadual markah gred tersebut seperti dalam gambar diatas.
 4) define name pada gred pelajar, gred pelajar ini akan digunakan untuk mengira jumlah pelajar yang memperolehi gred A,B,C,D,dan E,
5) cara untuk menentukan gred pelajar.
=VLOOKUP(C7,JADUAL_GRED_PELAJAR,2,TRUE)
*C7 tersebut adalah kedudukan markah. 
contohnya,pelajar pertama memperolehi 70markah bgi subjek BM. dan kedudukan markah 70 tersebut teletak pada range C7.
*2 pula menggambarkan kedudukan jadual markah gred pelajar itu. 1 ialah markah manakala 2 ialah gred
setelah gred dapat ditentukan,tarik garisan tersebut hingga ke bawah supaya markah gred yang lain juga dapat ditentukan.

6) cara untuk mengira STANDARD DEVIATION(sisihan piawai),AVERAGE(purata),MAXIMUM DAN MINIMUM.

 -Sisihan piawai adalah pengukuran yang biasa bagi serakan statistik, mengukur betapa lebarnya nilai dalam set data. Jika kebanyakan titik data hampir dengan min, maka sisihan piawai adalah kecil; jika banyak titik data jauh dari min, maka, sisihan piawai adalah besar. Jika semua data adalah sama, maka sisihan piawai adalah sifar.

CARA MENGIRA
standard deviation
=STDEV(D7:D28) 
*Highligtkn range yang hendak dikira

average
=AVERAGE(D7:D28)

maximum
=MAX(D7:D28)

minimum
=MIN(D7:D28)

CARA UNTUK MENENTUKAN JUMLAH PELAJAR YANG MEMPEROLEH SESUATU GRED
=COUNTIF(GREDBM,D41)
*D41 adalah range gred A yang terdapat dalam jadual gred pelajar.

Seterusnya,kita boleh mewarnakan jadual tersebut sama ada mengikut markah pelajar yang melebihi purata,kurang daripada purata ataupun kedua2nya. Caranya dengan: highlight kan markah yang hendakdiwarnakan> home> conditional formatting> top/bottom rules> above average> pilih warna yang dinyatakan sama ada merah,kuning,oren,etc..hasilnya akan jadi seperti berikut:

membuat graf daripada data yang telah diperolehi:
hightlight pada markah pelajar yang hendak dijadikan graf>insert>column>then pilih design graf yang hendak dibuat.hasilnya akan jadi seperti ini...
 sekian..



















Tuesday, 20 December 2011

minggu 11-12

Pada minggu ini,tugasan kami adalah menggunakan perisian power point dan impress(open source) untuk membuat pembentangan.

Ini adalah pembentangan kami menggunakan power point.

Slide yang terakhir adalah sebuah video yang telah kami buat mengenai tajuk kami. Cara untuk memasukkan video dalam power point amat mudah.Iaitu dengan memilih slide yang mempunyai title and content dan terdapat icon video di dalam slide trsebut.Cuma perlu tekan icon tersebut dan pilih video dalam file kita yang ingin dimuat naik dalam power point.

Perbentangan menggunakan impress
Kami diminta untuk membentangkan tugasan yang telah kami lakukan semasa tugasan 5(mini research) kedalam impress..


 perkara yang telah dihightlight dengan warna merah tersebut adalah seperti penerangan dibawah:
normal-perbentangan yang akan ditunjukkan adalah normal seperti didalam gambar diatas.
outline- akan menunjukkan isi yang telah kita buat tanpa slide.


notes-digunakan untuk menulis nota-nota sampingan yang akan kita gunakan semasa perbentangan. nota sampingan ini biasanya tidak dimasukkan kedalam slide.contoh:


 handout- biasanya akan diedarkan kepada orang lain.

slide sorter- menunjukkan slide2 yang telah kita lakukan.








Wednesday, 7 December 2011

Brochure dan booklet

Pada minggu ini juga,kami telah diminta untuk menghasilkan brochure menggunakan Microsoft publisher.
selain itu,kami juga perlu menghasilkan booklet menggunakan Microsoft word>bookfold.
Hasilnya akan jadi seperti berikut:
Booklet
Apabila diprint,ianya akan jadi seperti buku..


Seterusnya adalah brochure yang telah kami reka bagi tugasan pada minggu ini..
Brochure

Minggu 9-10(multimedia dalam pendidikan)


Pada minggu ini,kami telah mempelajari mengenai multimedia seperti MICROSOFT PAINT,SHAPES/SMART ART POWER POINT,GIMP(OSS),GOOGLE DRAW(ONLINE),dan OPEN OFFICE DRAW(OSS).
Sebelum itu,kami perlu mengetahui dahulu perbezaan diantara bitmap dan vector

PERBEZAAN DIANTARA BITMAP DAN VECTOR
BITMAP
-lukisan bitmap mempunyai titik-titik kecil (tiny dots) yang berwarna.
-grafik bitmap diukur melalui jumlah dot per unit-selalunya dipanggil dpi(dot per inch)
-semakin banyak jumlah titik yang membentuk suatu grafik bitmap, semakin tinngi tahap kerapatannya.hal ini akan menyebabkan imej yang dihasilkan semakin halus,namun begitu,kapasiti fail yang dihasilkannya semakin besar.

-ketajaman warna dan detail gambar pada tampilan bitmap bergantung pada banyaknya pixel atau resolusi yang membentuk gambar tersebut.
-Hal ini berkait rapat dengan kemampuan monitor dan VGA (Video Graphic adapter) yang membentuk gambar tersebut. Jika gambar pada bitmap tersebut beresolusi tinggi tetapi monitor dan VGA beresolusi rendah,maka gambar yang dihasilkan akan kelihatan kasar,bahkan kelihatan kabur berbentuk kotak-kotak(juggy) jika pembesaran gambar dilakukan.
Beberapa contoh aplikasi grafik yang berbentuk bitmap: Adobe Photoshop, Corel Photopaint, Microsoft Photo Editor dan Macromedia Fireworks
contoh grafik bitmap: Bmp,. Jpg,. Tif,. Gif, dan. Pcx. Grafik ini biasa digunakan untuk kepentingan foto-foto digital.

VECTOR
-grafik jenis vektor yang merupakan perkembangan dari sistem grafik bitmap (digital). 

-Grafik ini tidak bergantung kepada pixel-pixel yang banyak dan keadaan monitor kerana paparan vector adalah tersusun atas garis-garis.
-paparan ini akan jelas kelihatan walaupun pembesaran(zooming) dilakukan,
-contoh program aplikasi yang berbentuk vektor: CorelDraw,MacromediaFree hand,Adobe Illustrator dan Microgafx Designer.

Secara ringkasnya:

             VECTOR                                                                      BITMAP
-Gambar tetap jelas walaupun dibesarkan.             -Gambar yang kurang jelas ketika dibesarkan
-tersusun oleh garis dan kurva                               -tersusun atas titik-titik
-ukuran fail yang dihasilkan kecil                           -ukuran fail yang dihasilkan besar
-kualiti gambar yang dihasilkan tidak                     -kualiti gambar bergantung kepada banyaknya pixel
bergantung kepada banyaknya pixel



Contoh gambar perbezaan antara vector dan bitmap..


bagi imej grafik pula:
1)JPG/JPEG digunakan oleh web log. Ia merupakan gambar yang memiliki banyak warna.
2)GIFF adalah untuk aniasi sederhana tapi hanya mempunyai 256 warna sahaja.Ia digunakan untuk gambar yang jumlah warna sedikit dan gambar yang memerlukan perbezaan warna yang tegas.
3)PNG memiliki warna yang lebih bnyak(24 bit RGB+alpha).Ia digunakan untuk gambar yang memiliki warna yang banyak dan gambar yang mahu diedit secara ulang.




Selain itu,kita juga perlu mengetahui mengenai perbezaan diantara warna CYMK dan RGB.
CYMK(cyan,yellow,margenta dan black) hanya boleh digunakan untuk mencetak gambar.. Apabila kesemua warna ini dicampurkan,warna hitam akan terhasil.
RGB(red,green,blue) pula warna yang digunakan hanya untuk display seperti warna dalam skrin monitor anda. apabila kesemua warna2 ini digabungkan,warna putih akan terhasil.
beza RGB dan CYMK
gambar pertama adalah gmbar RGB dan gmbar ke2 adalah gambar CYMK


AUDIO EDITOR
terdapat lebih daripada 25 enis audio editor yang boleh digunakan untuk mengedit gambar..rujuk sini
Namun begitu,kami telah memilih -perisian audacity untuk mengedit audio..perisian audacity boleh didownload sini

audacity ini adalah satu perisian yang digunakan untuk mengedit lagu.Perisian ini juga boleh menukar tempo,kelantangan.kelajuan dan sebagainya.
-untuk memasukkan lagu yang hendak diedit, klik file>OPEN>pilih folder lagu yang hendak diedit.
-tukarkan track streo kepada mono,track>streo track to mono
edit lagu tersebut dibahagian effect,kemudian pilih perubahan yang ingin dilakukan.






Wednesday, 16 November 2011

SPSS

sebelum memasukkan data dalam SPSS,beberapa perkara perlu dibuat dahulu:
1)memastikan kesemua survey yang telah diprint dan telah dijawab ditulis dengan number kod disetiap survey..
contohnya:didalam survey ini hanya perlu menyediakan 10 survey yang telah diprint.Oleh itu,perlu diletakkan number kod(1-10) atau sebarang number seperti (B1-B10).
2)disetiap jawapan soalan perlu diberi number.



untuk memasukkan data yang telah dibuat didalam survey ke dalam SPSS,berikut adalah caranya:
1)masukkan data dalam variable view terlebih dahulu.

2)tulis no_id dahulu dan akan keluar seperti berikut: 
Name: no_id ; type: string:; width : 8; decimals: 0; Label: nombor ID borang; values: none
(perkara yang hanya perlu dimasukkan hanyalah pada bahagian name,label,value dan measure)

PETUNJUK
NAME:soalan demografi seperti umur,jantina,kawasan,dan jika soalan hanya perlu ditulis S1,S2....
LABEL:didalam label ini perlu masukkan soalan penuh atau kata kunci.
contohnya: Bagaimanakah anda menggunakan perisian ini? Label boleh masukkan soalan penuh atau kata kuncinya "cara menggunakan perisian"
VALUE:didalam value perlu memasukkan jawapan soalan yang telah diberi number seperti gambar diatas.
contohnya: 1;lelaki: 2;perempuan. cara untuk mengisi: value;1>label;lelaki>add(masukkan pilihan jawapan;jika terdapat 4 pilihan jawapan,masukkan kesemuanya)>ok
MEASURE:terdapat 3jenis measure(scale,nominal,ordinal).perlu menentukan jenis measure berdasarkan soalan kita.
perbezaan diantara scale,nominal dan ordinal adalah;
SCALE:nilainya menunjukkan susunan kategori
contohnya: umur dalam tahun dan pendapatan dalam RM
NOMINAL: nilainya tiada tahap
contohnya: agama,kawasan
ORDINAL: nilainya ada tahap
contohnya: tahap servis daripada paling tidak memuaskan-paling memuaskan.

Seterusnya masukkan jawapan yang telah dipilih oleh responden dalam data view mengikut turutan(dari 1-10)..
jika hendak menukar data tersebut kedalam perkataan,view>value labels kerana data yang akan keluar adalah dalam bentuk perkataan.
dan inilah contoh data yang telah dimasukkan.
untuk menukar data kedalam bentuk graph,
1)analyze>descriptive statistic>frequency>masukkan soalan yang ingin ditukar kedalam bentuk graph>charts(sebelah kanan)>ok
p/s:soalan yang ingin dimasukkan perlulah dimasukkan satu persatu untuk mengelakkan pertindihan maklumat.
contohnya:masukkan soalan 1,>chart>ok. setelah muncul tables dan graph tentang soalan 1,ulang semula langkah 1 dengan memasukkan soalan 2.
contoh tables dan graph:
 tables dan graph ini boleh dicopy untuk diletakkan didalam document untuk dibuat report.

Monday, 14 November 2011

minggu 7-8~SPSS dan laporan

Tugasan pada minngu ini adalah mengenai SPSS. SPSS ini adalah sejenis program komputer untuk mengumpul data dan menganalisisnya.Data-data yang diperoleh ini akan dijadikan dalam bentuk graf,carta pai dan sebagainya..
Tutorial mengenai SPSS ini boleh dirujuk di laman web di bawah:

1. SPSS Basic Skills Tutorials
http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html
2. Why is my evil lecturer forcing me to learn statistics?
http://www.sagepub.com/field3e/Downloads/samplechapter.pdf
3. Introduction to IBM SPSS Statistics 18 
http://spss.co.in/chapters.aspx?id=1

kaji selidik yang telah kami buat didalam google doc (https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dE9jemN1WjFMNUN6U09NVjMxbGtxYVE6MQ  ) dan 10helai kaji selidik yang telah kami print dan telah dijawab akan kami gunakan untuk mengumpul data untuk dimasukkan dalam SPSS tersebut. Setelah itu,kami akan membuat laporan dengan menggunakan kaedah 'literature review' yang akan dibuat pada  lain kali.

Wednesday, 26 October 2011

Minggu 6

Pada minggu ini,kami akan menjalankan soal selidik.Kami perlu membuat 2 set soalan yang sama iaitu menggunakan 'survey monkey' dan google dokumen utuk menghasilkan soalan kaji selidik.Tetapi sebelum itu,kami mengkaji garis panduan yang telah Dr Fatimah berikan didalam proforma pada minggu ini.Berikut adalah laman web yang mempunyai guidelines bagi yang ingin melakukan soal selidik.
1) http://www.statpac.com/surveys/
2) http://www.surveysystem.com/sdesign.htm

Sebelum kami membuat soalan-soalan tersebut,beberapa perkara perlu kami lakukan iaitu:
1)menetapkan maksud kajian tersebut
2)menetapkan objektif kajian tersebut
3)untuk setiap objektif yang dihasilkan,buat beberapa soalan.
*Setiap kumpulan yang sama tajuk perlu membuat 10 soalan 
.
Objektif kami adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada beberapa perisian sumber terbuka(OSS) seperti Linux dan Moodle.

SURVEY MONKEY
Berikut adalah panduan untuk menggunakan survey monkey


Sebelum  membuat 'questionnaire',perkara pertama yang perlu saya lakukan adalah mendaftar secara percuma di lamn webnya iaitu www.surveymonkey.com. Setelah itu,barulah saya boleh membuat soalan untuk soal selidik.  Ini adalah soalan survey monkey yang telah saya hasilkan http://www.surveymonkey.com/s/MC5GJCZ


GOOGLE DOC
Kami juga telah membuat soal selidik menggunakan google doc.Berikut adalah panduan untuk menggunakan google doc:
1) http://teacherlink.ed.usu.edu/tlresources/training2/Google/GoogleForms.pdf
2) http://vimeo.com/3087713
3) http://www.google.com/google-d-s/tour1.html

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kami lakukan untuk membuat soalan selidik menggunakan google doc:

  • dengan menggunakan gmail akaun,buka 'document' yang terletak di sebelah atas atau buka di lamanweb ini https://docs.google.com
  • tekan pada 'creat new' dan pilih 'Form'
  • anda boleh memilih bentuk soalan yang hendak anda hasilkan sama ada objektif,subjektif dan sebagainya.
  • anda juga boleh memilih tema yang berbagai bentuk supaya soalan anda itu nampak lebih menarik

Soalan yng telah kami hasilkn tersebut perlu diletakkan di dalam yahoo group kursus ini di laman web ini http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assignment_5_mini_research_001318731681/

Thursday, 20 October 2011

Laporan Untuk Memperkembangkan Perisian Sumber Terbuka di Malaysia

Perisian sumber terbuka mula diperkenalkan pada tahun 1960-an apabila komputer komersial pertama diperkenalkan. Perisian yang disediakan ini adalah percuma. Pengguna boleh berkongsi kod sumber terbuka dengan pengguna lain kerana ia boleh diubahsuai dan diperbaiki. Perisian ini telah mula digunakan di Malaysia pada tahun 2001 iaitu 10 tahun yang lalu setelah beberapa tahun internet digunakan.

Namun begitu, walaupun perisian ini telah lama diperkenalkan di Malaysia, perisian ini masih kurang digunakan disebabkan kurangnya publisiti untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka ini kepada umum. Hal ini menyebabkan tidak ramai pengguna yang mengetahui akan kewujudannya walaupun ia sudah lama diperkenalkan. Selain itu, pengguna lebih cenderung untuk menggunakan perisian yang berbayar berbanding perisian sumber terbuka yang sememangnya percuma. Keadaan ini disebabkan pengenalan perisian sumber terbuka yang kurang diketahui oleh orang awam.

Perisian sumber terbuka ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak tersebut,tetapi adalah berdasarkan prinsip sosial iaitu untuk berkongsi ilmu pengetahuan ,mempelajari serta membangunkan kemahiran baru. Kajian Ghosh(2004) di negara Bhutan mendapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah wang yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar untuk mendapatkan perisian tulen bagi kegunaan negara tersebut.Dengan menggunakan perisian sumber terbuka(OSS) ini,negara berkenaan dapat menjimatkan pendapatan negara mereka dan digunakan untuk membantu rakyat mereka yang memerlukan.

OSS seharusnya diperkembangkan penggunaannya di Malaysia kerana perisian ini boleh digunakan oleh individu mahupan institusi dan organisasi tertentu seperti syarikat-syarikat awam mahupun swasta.Hal ini akan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada syarikat tersebut disamping mengurangkan kos pengurusan syarikat.OSS ini juga adalah setanding dengan perisian yang berbayar seperti Open Office(OSS) adalah serupa dengan Microsoft Office(berbayar). Terdapat lebih daripada 240 OSS yang wujud namun kerana tidak meluasnya publisiti,ramai pengguna yang tidak mengetahui tentang kewujudannya.Antara OSS yang terkenal adalah seperti Linux,Mozilla,Sendmail,dan Open Office. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di Internet.

Antara kelebihan OSS ini berbanding perisian berbayar terhadap syarikat adalah perpindahan teknologi tanpa kos.Konsep kod sumber terbuka ini membolehkan sesiapa sahaja boleh belajar tentang cara pembangunan perisian tersebut. Selain itu,penggunaan OSS ini dapat mencegah risiko muflis bagi syarikat tersebut.Jika para pengguna menggunakan perisian berbayar,mereka mungkin kehilangan sumber rujukan jika syarikat perisian berbayar tersebut muflis dan mereka juga tidak boleh memastikan pihak yang akan bertanggungjawab terhadap hal ini dan risiko untuk mereka muflis juga tinggi. Tetapi jika pihak pengurusan OSS ini dibubarkan,para pengguna masih boleh menggunakan perisian ini kerana akan ada kumpulan lain yang akan mengambil alih pengurusan perisian ini.

Di samping itu,perisian ini juga harus diperkembangkan di peringkat institusi pengajian di Malaysia kerana terdapat beberapa OSS yang boleh diaplikasikan dalam sistem pendidikan seperti Moodle. Perisian ini menekankan aspek pembelajaran dalam talian dan tidak bermotifkan keuntungan. Ghosh(2004) dalam laporan FLOSS(Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membantu membangunkan sumber terbuka telah banyak memberi sumbangan kepada sistem pendidikan.Pembelajaran secara atas talian ini telah dapat diterima dan diguna pakai oleh pelajar dan institusi pendidikan walaupun pada awalnya mereka kurang mengetahui akan teknologi baru ini.

Secara keseluruhannya,terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan OSS. Jika pengguna menggunakan perisian OSS ini,mereka tidak perlu menaiktaraf perisian ini. Jika mereka menggunakan perisian berbayar,mereka perlu sentiasa menaiktaraf perisian tersebut supaya mereka dapat terus menggunakannya. Selain itu,OSS ini boleh diubahsuai oleh individu lain mengikut kehendak mereka tanpa perlu meminta kebenaran dan membayar kepada syarikat perisian tersebut. Perisian berbayar boleh diolah namun mereka perlu membayar kepada syarikat tersebut dan meminta kebenaran daripada syarikat perisian tersebut dahulu sebelum melakukannya kerana mereka akan dikenakan saman jika melakukan pengubahsuaian tanpa berbincang dengan syarikat perisian tersebut.

Oleh itu,perisian sumber terbuka perlu diperkembangkan penggunaannya kerana perisian ini mempunyai banyak kelebihan dan perisian ini mampu dimiliki oleh semua golongan.

Assignment minggu 5

Pada minggu ini,kami telah ditugaskan untuk membuat mini research berdasarkan tajuk yang telah kami buat pada minggu yang sebelumnya iaitu berkaitan dengan perisian sumber terbuka(OSS). Dr Siti Fatimah telah menyenaraikan beberapa link yang boleh kami baca dan buat rujukan. Antaranya:
Untuk membuat rujukan mengenai "educational research"
http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html 2.
http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf 3. 
http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/ 4. 
http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm 

untuk membuat rujukan mengenai literature review:
http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-literature-review/ 2. http://www.gwu.edu/~litrev/ 3.
http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review 4. www.3metaku.com

untuk membuat rujukan secara online
http://www.ukm.my/library/ 
http://www.ezplib.ukm.my/login
http://scholar.google.com.my/
http://books.google.com 

 Setelah itu,kami telah diminta untuk memilih beberapa attikel daripada laman web tersebut iaitu masing-masing 2 jurnal daripada UKM jurnal,1 attikel daripada google scholar,1 daripada google book yang berkenaan dengan tajuk kami. Ini adalah artikel yang telah kami pilih:
google scholar
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuMWUyZjA1YjgtYmIwNy00ZTc2LWE2MGEtNWMxYWUzNjY3Nzk3&hl=en
 books.google.com
 jurnal UKM
1) https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuYWNiMjI0OTctOGYzMy00MWMwLWIzYzctZjA1YWYyOGI5MmFl&hl=en&pli=1
2)https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuNDMzMGVjZDAtOWI3Mi00NTE2LWFhZjMtNDkwZjM3MWY3NTUx&hl=en_GB

Setelah mendapat rujukan-rujukan tersebut,kami telah diminta untuk mengadakn perbincangan di dalam facebook dengan kawan-kawan untuk mendapatkan pandangan mereka. Setelah itu,kami telah diminta untuk menulis laporan mengenai apa yang harus dilakukan di Malaysia berdasarkan tajuk kami dan laoran tersebut hendaklah menggunakan Open Office Writer yang telah dimuat turun sendiri dari internet.

Sekian

Friday, 14 October 2011

Minggu 5

Pada minggu ini kami telah diminta untuk membuat kajian mengenai tajuk kami pada minggu lepas (Open Source software) dan membuat literature review dan menulis laporan dengan menggunakan OpenOffice. Saya akan post kajian saya di blog ini setelah saya siap membuat kajian.
Sekian.

Learning Management System(sistem pengurusan pembelajaran)

Learning Management System

What is it?
Learning management system is a software application for the administration,documentation,tracking and reporting of training programs,classroms and online events,e-learning programs and training content.It is an interactive programs that have an online discussion between the students and their lecturer.

Why learning management system?
This software is to make the students easier to do their work there.Besides that,because of the modern and the globalization era,the learning method also change. This software is used to train us to improve the administration skills and communication skills. This software is also permit us to  access this system ba\ecause it is web-based ASP’s.

Who using the learning management system?
This software is mostly used by the lecturer and the teachers because this is the easier way for them to analyze the students assignment and easier for them to communicate with their students.Besides that,students also used this software to complete  their assignment and they can communicate with their lecturer.

How to use it?
Those who wants to use this LMS must register as a new user and get the password before they can access to this system.After that,they can explore the features in it.

Where does this software used?
It is use in institution, universities and  school.

Open source software of this system
-The sakai project
-Docebo
-System Moodle
-eFront
-Dokeos
-OLAT

Advantages of Learning management system
-They can access this system anytime and anywhere they like.
-It is fully secure and legal
-students and the lecturer can communicate anytime and anywhere via email,chat,video conference,discussion board and etc.
-The student can upload their assignment to their lecturer via this system and this will save the student energy and time.
-The lecturer note can be downloaded by the students at anytime

Monday, 10 October 2011

Perisian Sumber Terbuka(Open Source Software)

Tugasan yang kedua pula kami telah diminta untuk mencari dan membincangkan maklumat yang berkaitan dengan perisian sumber terbuka (open source software).Berikut adalah maklumat yang telah kami dapati.



Definisi Perisian Sumber Terbuka

Apakah perisian sumber terbuka? (What)
sumber perisian terbuka adalah perisian yang kod-kod sumbernya boleh dikongsi bersama tanpa ikatan hak cipta yang ketat.Secara ringkasnya kod-kod perisian terbuka boleh dimiliki,dilihat dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia mematuhi hak cipta asal sumber terbuka.

Mengapakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (Why)
Kewujudan perisian ini adalah penyelesaian kepada masalah virus, malware, perisian cetak rompak dan beberapa perkara yang berkaitan dengan ancaman keselamatan dan kos perbelanjaan yang sering dikaitkan dengan isu komputer sekarang.

Bagaimanakah perisian sumber terbuka digunakan? (How)
Setiap pengguna boleh berkongsi kod sumber yang sama dan menyesuaikannya mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Siapakah yang menggunakan perisian sumber terbuka? (Who)
Pihak yang mempunyai sumber kewangan yang terhad seperti sektor awam, sektor perniagaan, institusi pengajian dan orang awam boleh menggunakannya kerana perisian yang ditawarkan adalah percuma.

Bilakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (When)
Sumber terbuka mula dipopularkan di California pada bulan Januari 1998. Di Malaysia pula Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (OSS) Sektor Awam mula dilancarkan 16 Julai 2004. Malaysia menjadi negara terawal yang melaksanakannya setelah 6 tahun perisian ini dilancarkan.

Di manakah perisian sumber terbuka digunakan? (Where)
Perisian sumber terbuka ini digunakan di dalam pejabat sektor-sektor perniagaan dan institusi-institusi pengajian

Kelebihan Perisian SumberTerbuka

1)Tiada paksaan untuk menaiktaraf sesuatu perisian
Pembekal yang membekalkan perisian sumber terbuka tidak memaksa pelanggan untuk menaiktaraf perisian mereka malahan pelanggan diberi pilihan samaada untuk menaiktaraf perisian tersebut ataupun tidak. Manakala pelanggan yang menggunakan perisian berbayar perlu menaiktaraf perisian apabila tempoh masa perisian tersebut telah tamat tempoh. Hal ini kerana penaiktarafan ini adalah untuk menjamin kelangsungan keuntungan kepada pihak pembekal tersebut.

2)Kos yang efektif  
Perisian sumber terbuka selalunya tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan.Hal ini akan membantu syarikat dan negara yang menggunakannya untuk menjimatkan kos pengurusan.

3)Perisian yang lebih selamat
Disebabkan kod sumber adalah terbuka,ramai yang memeriksa kod sumber dan lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan.Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.


Contoh perisian sumber terbuka

1)Linux

2)Mozilla

3)Open Office.org


Terma Pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:

1)Pengedaran semula bebas
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber.Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2)Kod sumber
Aturcara perlu mengandungi kod sumber dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pegaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara .Kod sumber yang sengaja mengelirukan dan bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.

3)Kerja bersumber
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4)keutuhan kod pencipta kod sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda. Lesen tersebut perlu membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda.

5)Tiada diskriminasi terhadap seseorang atau kumpulan.

6)Tiada diskriminasi terhadap usaha bidang lain
Contohnya lesen tersebut tidak melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan atau kajian genetik.

7)Pengedaran lesen
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada mereka yang mengedar semula aturcara tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8)Lesen tidak boleh khusus kepada satu produk
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

9)Perisian tidak boleh menghadkan perisian yang lain
Perisian tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal.


sekian