Wednesday, 7 December 2011

Minggu 9-10(multimedia dalam pendidikan)


Pada minggu ini,kami telah mempelajari mengenai multimedia seperti MICROSOFT PAINT,SHAPES/SMART ART POWER POINT,GIMP(OSS),GOOGLE DRAW(ONLINE),dan OPEN OFFICE DRAW(OSS).
Sebelum itu,kami perlu mengetahui dahulu perbezaan diantara bitmap dan vector

PERBEZAAN DIANTARA BITMAP DAN VECTOR
BITMAP
-lukisan bitmap mempunyai titik-titik kecil (tiny dots) yang berwarna.
-grafik bitmap diukur melalui jumlah dot per unit-selalunya dipanggil dpi(dot per inch)
-semakin banyak jumlah titik yang membentuk suatu grafik bitmap, semakin tinngi tahap kerapatannya.hal ini akan menyebabkan imej yang dihasilkan semakin halus,namun begitu,kapasiti fail yang dihasilkannya semakin besar.

-ketajaman warna dan detail gambar pada tampilan bitmap bergantung pada banyaknya pixel atau resolusi yang membentuk gambar tersebut.
-Hal ini berkait rapat dengan kemampuan monitor dan VGA (Video Graphic adapter) yang membentuk gambar tersebut. Jika gambar pada bitmap tersebut beresolusi tinggi tetapi monitor dan VGA beresolusi rendah,maka gambar yang dihasilkan akan kelihatan kasar,bahkan kelihatan kabur berbentuk kotak-kotak(juggy) jika pembesaran gambar dilakukan.
Beberapa contoh aplikasi grafik yang berbentuk bitmap: Adobe Photoshop, Corel Photopaint, Microsoft Photo Editor dan Macromedia Fireworks
contoh grafik bitmap: Bmp,. Jpg,. Tif,. Gif, dan. Pcx. Grafik ini biasa digunakan untuk kepentingan foto-foto digital.

VECTOR
-grafik jenis vektor yang merupakan perkembangan dari sistem grafik bitmap (digital). 

-Grafik ini tidak bergantung kepada pixel-pixel yang banyak dan keadaan monitor kerana paparan vector adalah tersusun atas garis-garis.
-paparan ini akan jelas kelihatan walaupun pembesaran(zooming) dilakukan,
-contoh program aplikasi yang berbentuk vektor: CorelDraw,MacromediaFree hand,Adobe Illustrator dan Microgafx Designer.

Secara ringkasnya:

             VECTOR                                                                      BITMAP
-Gambar tetap jelas walaupun dibesarkan.             -Gambar yang kurang jelas ketika dibesarkan
-tersusun oleh garis dan kurva                               -tersusun atas titik-titik
-ukuran fail yang dihasilkan kecil                           -ukuran fail yang dihasilkan besar
-kualiti gambar yang dihasilkan tidak                     -kualiti gambar bergantung kepada banyaknya pixel
bergantung kepada banyaknya pixel



Contoh gambar perbezaan antara vector dan bitmap..


bagi imej grafik pula:
1)JPG/JPEG digunakan oleh web log. Ia merupakan gambar yang memiliki banyak warna.
2)GIFF adalah untuk aniasi sederhana tapi hanya mempunyai 256 warna sahaja.Ia digunakan untuk gambar yang jumlah warna sedikit dan gambar yang memerlukan perbezaan warna yang tegas.
3)PNG memiliki warna yang lebih bnyak(24 bit RGB+alpha).Ia digunakan untuk gambar yang memiliki warna yang banyak dan gambar yang mahu diedit secara ulang.




Selain itu,kita juga perlu mengetahui mengenai perbezaan diantara warna CYMK dan RGB.
CYMK(cyan,yellow,margenta dan black) hanya boleh digunakan untuk mencetak gambar.. Apabila kesemua warna ini dicampurkan,warna hitam akan terhasil.
RGB(red,green,blue) pula warna yang digunakan hanya untuk display seperti warna dalam skrin monitor anda. apabila kesemua warna2 ini digabungkan,warna putih akan terhasil.
beza RGB dan CYMK
gambar pertama adalah gmbar RGB dan gmbar ke2 adalah gambar CYMK


AUDIO EDITOR
terdapat lebih daripada 25 enis audio editor yang boleh digunakan untuk mengedit gambar..rujuk sini
Namun begitu,kami telah memilih -perisian audacity untuk mengedit audio..perisian audacity boleh didownload sini

audacity ini adalah satu perisian yang digunakan untuk mengedit lagu.Perisian ini juga boleh menukar tempo,kelantangan.kelajuan dan sebagainya.
-untuk memasukkan lagu yang hendak diedit, klik file>OPEN>pilih folder lagu yang hendak diedit.
-tukarkan track streo kepada mono,track>streo track to mono
edit lagu tersebut dibahagian effect,kemudian pilih perubahan yang ingin dilakukan.






0 comments:

Post a Comment