Monday, 10 October 2011

Perisian Sumber Terbuka(Open Source Software)

Tugasan yang kedua pula kami telah diminta untuk mencari dan membincangkan maklumat yang berkaitan dengan perisian sumber terbuka (open source software).Berikut adalah maklumat yang telah kami dapati.



Definisi Perisian Sumber Terbuka

Apakah perisian sumber terbuka? (What)
sumber perisian terbuka adalah perisian yang kod-kod sumbernya boleh dikongsi bersama tanpa ikatan hak cipta yang ketat.Secara ringkasnya kod-kod perisian terbuka boleh dimiliki,dilihat dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia mematuhi hak cipta asal sumber terbuka.

Mengapakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (Why)
Kewujudan perisian ini adalah penyelesaian kepada masalah virus, malware, perisian cetak rompak dan beberapa perkara yang berkaitan dengan ancaman keselamatan dan kos perbelanjaan yang sering dikaitkan dengan isu komputer sekarang.

Bagaimanakah perisian sumber terbuka digunakan? (How)
Setiap pengguna boleh berkongsi kod sumber yang sama dan menyesuaikannya mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Siapakah yang menggunakan perisian sumber terbuka? (Who)
Pihak yang mempunyai sumber kewangan yang terhad seperti sektor awam, sektor perniagaan, institusi pengajian dan orang awam boleh menggunakannya kerana perisian yang ditawarkan adalah percuma.

Bilakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (When)
Sumber terbuka mula dipopularkan di California pada bulan Januari 1998. Di Malaysia pula Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (OSS) Sektor Awam mula dilancarkan 16 Julai 2004. Malaysia menjadi negara terawal yang melaksanakannya setelah 6 tahun perisian ini dilancarkan.

Di manakah perisian sumber terbuka digunakan? (Where)
Perisian sumber terbuka ini digunakan di dalam pejabat sektor-sektor perniagaan dan institusi-institusi pengajian

Kelebihan Perisian SumberTerbuka

1)Tiada paksaan untuk menaiktaraf sesuatu perisian
Pembekal yang membekalkan perisian sumber terbuka tidak memaksa pelanggan untuk menaiktaraf perisian mereka malahan pelanggan diberi pilihan samaada untuk menaiktaraf perisian tersebut ataupun tidak. Manakala pelanggan yang menggunakan perisian berbayar perlu menaiktaraf perisian apabila tempoh masa perisian tersebut telah tamat tempoh. Hal ini kerana penaiktarafan ini adalah untuk menjamin kelangsungan keuntungan kepada pihak pembekal tersebut.

2)Kos yang efektif  
Perisian sumber terbuka selalunya tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan.Hal ini akan membantu syarikat dan negara yang menggunakannya untuk menjimatkan kos pengurusan.

3)Perisian yang lebih selamat
Disebabkan kod sumber adalah terbuka,ramai yang memeriksa kod sumber dan lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan.Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.


Contoh perisian sumber terbuka

1)Linux

2)Mozilla

3)Open Office.org


Terma Pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:

1)Pengedaran semula bebas
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber.Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2)Kod sumber
Aturcara perlu mengandungi kod sumber dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pegaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara .Kod sumber yang sengaja mengelirukan dan bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.

3)Kerja bersumber
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4)keutuhan kod pencipta kod sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda. Lesen tersebut perlu membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda.

5)Tiada diskriminasi terhadap seseorang atau kumpulan.

6)Tiada diskriminasi terhadap usaha bidang lain
Contohnya lesen tersebut tidak melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan atau kajian genetik.

7)Pengedaran lesen
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada mereka yang mengedar semula aturcara tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8)Lesen tidak boleh khusus kepada satu produk
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

9)Perisian tidak boleh menghadkan perisian yang lain
Perisian tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal.


sekian

0 comments:

Post a Comment