Pada kelas yang pertama kami telah mempelajari mengenai cara membuat yahoo mail,google mail,google group,facebook,facebook group dan membuat blog..
Yahoo mail dan google mail
Yahoo mail dan google mail adalah bertujuan untuk menerima dan menghantar email daripada coordinator kursus kami iaitu Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan lecturer kami iaitu Puan Norhafizah Adnan.Kami telah diminta untuk mendaftar alamat email kami menggunakan nama penuh kerana termasuk dalam etika berkomunikasi secara maya.. Sebelum membuat yahoo mail dan google mail,kita perlu pergi ke laman web ini www.yahoo.com dan www.google.com dan tekan pada mendaftar. kemudian akan keluar borang yang perlu diisi dan pelajar perlu mengisi nama penuh,tarikh lahir,alamat ID(contoh:farah.alwanie25@gmail.com) dan beberapa soalan lagi sebelum pelajar layak untuk membuat email.. Untuk memahami dengan lebih lanjut,berikut disertakan video mengenai cara-cara untuk membuatnya.
Facebook account
Perkara yang kedua yang perlu kami buat adalah membuat facebook account. Seperti yang telah kita maklum facebook adalah medium untuk memudahkan kita berinteraksi dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Kami telah diminta untuk menambah kawan-kawan sekelas kami(S1K4),lecturer kursus dan coordinator kursus.kami juga diminta untuk memperkenalkan diri kami setelah menambah sebagai kawan kerana hal ini juga adalah etika berkomunikasi secara maya.
Berikut adalah tutorial untuk membuat facebook.
Yahoo Group
yahoo group bertujuan untuk memudahkan perbincangan antara ahli kumpulan dan tajuk yang dibincangkan adalah terbuka. Kami telah diminta untuk "join" group kursus http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 dan telah diminta untuk membincangkan mengenai perbezaan antara yahoo mail dan yahoo group. Perbezaan yang saya dapati adalah seperti berikut:
Perbezaan antara yahoo mail dan yahoo group adalah yahoo mail bertujuan untuk menghantar maklumat dan fail bermaklumat(attachment). Yahoo mail boleh ditujukan kepada individu atau beberapa individu. Manakala yahoo group bertujuan untuk perbincangan dalam kumpulan dan tajuk perbincangan diutarakan oleh moderator. Perbincangan dalam yahoo group hanya boleh dilihat oleh individu yang menjadi ahli kumpulan tersebut sahaja..
Setelah itu,kami telah diminta untuk membuat yahoo group dan menamakan group tersebut dengan matrix number dan group (ex: a137181s1k4) dan meletakkan nama dan program dalam description box.(ex: Farah Alwanie Ali-Khas). Setelah itu,kami telah diminta untuk invite coordinator kursus dan lecturer kursus untuk join group tersebut.
Facebook group
Kami telah diminta untuk membuat facebook group untuk mempermudahkan kami mengadakan perbincangan antara ahli kumpulan. Kami perlu menamakan facebook group kami dengan matrik number dan group(sama seperti yahoo group) dan perlu invite kawan-kawan sekelas,coordinator kursus dan lecturer kursus ..Facebook group ini akan digunakan untuk perbincangan untuk tugasan pada minggu akan datang..
Blog
Perkara yang terakhir yang perlu saya capai adalah membuat blog. Blog ini boleh dibuat melalui google account atau melalui www.blogger.com. Sebelum ini saya tidak pernah ber'blogging' tetapi saya hanya suka membaca blog yang telah dibuat oleh orang lain.. Namun begitu,saya telah diminta untuk mencipta blog sendiri untuk berkongsi maklumat dan hasil pembelajaran yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini..
Setelah semuanya telah siap dibuat,kami perlu meletakkan signature di dalam yahoo mail dan facebook mail.
FARAH ALWANIE BT ALI
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
falwanie@yahoo.com.my
falwanie@gmail.com
http://tech.groups.yahoo.com/group/a137181_fara/
http://www.facebook.com/farahalwanieali
farahalwanie.blogspot.com
http://www.facebook.com/#!/groups/a137181s1k4/
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
falwanie@yahoo.com.my
falwanie@gmail.com
http://tech.groups.yahoo.com/group/a137181_fara/
http://www.facebook.com/farahalwanieali
farahalwanie.blogspot.com
http://www.facebook.com/#!/groups/a137181s1k4/
Diharap blog ini dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar yang mengikutinya.Sekian
0 comments:
Post a Comment