Wednesday, 26 October 2011

Minggu 6

Pada minggu ini,kami akan menjalankan soal selidik.Kami perlu membuat 2 set soalan yang sama iaitu menggunakan 'survey monkey' dan google dokumen utuk menghasilkan soalan kaji selidik.Tetapi sebelum itu,kami mengkaji garis panduan yang telah Dr Fatimah berikan didalam proforma pada minggu ini.Berikut adalah laman web yang mempunyai guidelines bagi yang ingin melakukan soal selidik.
1) http://www.statpac.com/surveys/
2) http://www.surveysystem.com/sdesign.htm

Sebelum kami membuat soalan-soalan tersebut,beberapa perkara perlu kami lakukan iaitu:
1)menetapkan maksud kajian tersebut
2)menetapkan objektif kajian tersebut
3)untuk setiap objektif yang dihasilkan,buat beberapa soalan.
*Setiap kumpulan yang sama tajuk perlu membuat 10 soalan 
.
Objektif kami adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada beberapa perisian sumber terbuka(OSS) seperti Linux dan Moodle.

SURVEY MONKEY
Berikut adalah panduan untuk menggunakan survey monkey


Sebelum  membuat 'questionnaire',perkara pertama yang perlu saya lakukan adalah mendaftar secara percuma di lamn webnya iaitu www.surveymonkey.com. Setelah itu,barulah saya boleh membuat soalan untuk soal selidik.  Ini adalah soalan survey monkey yang telah saya hasilkan http://www.surveymonkey.com/s/MC5GJCZ


GOOGLE DOC
Kami juga telah membuat soal selidik menggunakan google doc.Berikut adalah panduan untuk menggunakan google doc:
1) http://teacherlink.ed.usu.edu/tlresources/training2/Google/GoogleForms.pdf
2) http://vimeo.com/3087713
3) http://www.google.com/google-d-s/tour1.html

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kami lakukan untuk membuat soalan selidik menggunakan google doc:

  • dengan menggunakan gmail akaun,buka 'document' yang terletak di sebelah atas atau buka di lamanweb ini https://docs.google.com
  • tekan pada 'creat new' dan pilih 'Form'
  • anda boleh memilih bentuk soalan yang hendak anda hasilkan sama ada objektif,subjektif dan sebagainya.
  • anda juga boleh memilih tema yang berbagai bentuk supaya soalan anda itu nampak lebih menarik

Soalan yng telah kami hasilkn tersebut perlu diletakkan di dalam yahoo group kursus ini di laman web ini http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assignment_5_mini_research_001318731681/

Thursday, 20 October 2011

Laporan Untuk Memperkembangkan Perisian Sumber Terbuka di Malaysia

Perisian sumber terbuka mula diperkenalkan pada tahun 1960-an apabila komputer komersial pertama diperkenalkan. Perisian yang disediakan ini adalah percuma. Pengguna boleh berkongsi kod sumber terbuka dengan pengguna lain kerana ia boleh diubahsuai dan diperbaiki. Perisian ini telah mula digunakan di Malaysia pada tahun 2001 iaitu 10 tahun yang lalu setelah beberapa tahun internet digunakan.

Namun begitu, walaupun perisian ini telah lama diperkenalkan di Malaysia, perisian ini masih kurang digunakan disebabkan kurangnya publisiti untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka ini kepada umum. Hal ini menyebabkan tidak ramai pengguna yang mengetahui akan kewujudannya walaupun ia sudah lama diperkenalkan. Selain itu, pengguna lebih cenderung untuk menggunakan perisian yang berbayar berbanding perisian sumber terbuka yang sememangnya percuma. Keadaan ini disebabkan pengenalan perisian sumber terbuka yang kurang diketahui oleh orang awam.

Perisian sumber terbuka ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak tersebut,tetapi adalah berdasarkan prinsip sosial iaitu untuk berkongsi ilmu pengetahuan ,mempelajari serta membangunkan kemahiran baru. Kajian Ghosh(2004) di negara Bhutan mendapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah wang yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar untuk mendapatkan perisian tulen bagi kegunaan negara tersebut.Dengan menggunakan perisian sumber terbuka(OSS) ini,negara berkenaan dapat menjimatkan pendapatan negara mereka dan digunakan untuk membantu rakyat mereka yang memerlukan.

OSS seharusnya diperkembangkan penggunaannya di Malaysia kerana perisian ini boleh digunakan oleh individu mahupan institusi dan organisasi tertentu seperti syarikat-syarikat awam mahupun swasta.Hal ini akan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada syarikat tersebut disamping mengurangkan kos pengurusan syarikat.OSS ini juga adalah setanding dengan perisian yang berbayar seperti Open Office(OSS) adalah serupa dengan Microsoft Office(berbayar). Terdapat lebih daripada 240 OSS yang wujud namun kerana tidak meluasnya publisiti,ramai pengguna yang tidak mengetahui tentang kewujudannya.Antara OSS yang terkenal adalah seperti Linux,Mozilla,Sendmail,dan Open Office. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di Internet.

Antara kelebihan OSS ini berbanding perisian berbayar terhadap syarikat adalah perpindahan teknologi tanpa kos.Konsep kod sumber terbuka ini membolehkan sesiapa sahaja boleh belajar tentang cara pembangunan perisian tersebut. Selain itu,penggunaan OSS ini dapat mencegah risiko muflis bagi syarikat tersebut.Jika para pengguna menggunakan perisian berbayar,mereka mungkin kehilangan sumber rujukan jika syarikat perisian berbayar tersebut muflis dan mereka juga tidak boleh memastikan pihak yang akan bertanggungjawab terhadap hal ini dan risiko untuk mereka muflis juga tinggi. Tetapi jika pihak pengurusan OSS ini dibubarkan,para pengguna masih boleh menggunakan perisian ini kerana akan ada kumpulan lain yang akan mengambil alih pengurusan perisian ini.

Di samping itu,perisian ini juga harus diperkembangkan di peringkat institusi pengajian di Malaysia kerana terdapat beberapa OSS yang boleh diaplikasikan dalam sistem pendidikan seperti Moodle. Perisian ini menekankan aspek pembelajaran dalam talian dan tidak bermotifkan keuntungan. Ghosh(2004) dalam laporan FLOSS(Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membantu membangunkan sumber terbuka telah banyak memberi sumbangan kepada sistem pendidikan.Pembelajaran secara atas talian ini telah dapat diterima dan diguna pakai oleh pelajar dan institusi pendidikan walaupun pada awalnya mereka kurang mengetahui akan teknologi baru ini.

Secara keseluruhannya,terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan OSS. Jika pengguna menggunakan perisian OSS ini,mereka tidak perlu menaiktaraf perisian ini. Jika mereka menggunakan perisian berbayar,mereka perlu sentiasa menaiktaraf perisian tersebut supaya mereka dapat terus menggunakannya. Selain itu,OSS ini boleh diubahsuai oleh individu lain mengikut kehendak mereka tanpa perlu meminta kebenaran dan membayar kepada syarikat perisian tersebut. Perisian berbayar boleh diolah namun mereka perlu membayar kepada syarikat tersebut dan meminta kebenaran daripada syarikat perisian tersebut dahulu sebelum melakukannya kerana mereka akan dikenakan saman jika melakukan pengubahsuaian tanpa berbincang dengan syarikat perisian tersebut.

Oleh itu,perisian sumber terbuka perlu diperkembangkan penggunaannya kerana perisian ini mempunyai banyak kelebihan dan perisian ini mampu dimiliki oleh semua golongan.

Assignment minggu 5

Pada minggu ini,kami telah ditugaskan untuk membuat mini research berdasarkan tajuk yang telah kami buat pada minggu yang sebelumnya iaitu berkaitan dengan perisian sumber terbuka(OSS). Dr Siti Fatimah telah menyenaraikan beberapa link yang boleh kami baca dan buat rujukan. Antaranya:
Untuk membuat rujukan mengenai "educational research"
http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html 2.
http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf 3. 
http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/ 4. 
http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm 

untuk membuat rujukan mengenai literature review:
http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-literature-review/ 2. http://www.gwu.edu/~litrev/ 3.
http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review 4. www.3metaku.com

untuk membuat rujukan secara online
http://www.ukm.my/library/ 
http://www.ezplib.ukm.my/login
http://scholar.google.com.my/
http://books.google.com 

 Setelah itu,kami telah diminta untuk memilih beberapa attikel daripada laman web tersebut iaitu masing-masing 2 jurnal daripada UKM jurnal,1 attikel daripada google scholar,1 daripada google book yang berkenaan dengan tajuk kami. Ini adalah artikel yang telah kami pilih:
google scholar
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuMWUyZjA1YjgtYmIwNy00ZTc2LWE2MGEtNWMxYWUzNjY3Nzk3&hl=en
 books.google.com
 jurnal UKM
1) https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuYWNiMjI0OTctOGYzMy00MWMwLWIzYzctZjA1YWYyOGI5MmFl&hl=en&pli=1
2)https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0By-MSHdCznEuNDMzMGVjZDAtOWI3Mi00NTE2LWFhZjMtNDkwZjM3MWY3NTUx&hl=en_GB

Setelah mendapat rujukan-rujukan tersebut,kami telah diminta untuk mengadakn perbincangan di dalam facebook dengan kawan-kawan untuk mendapatkan pandangan mereka. Setelah itu,kami telah diminta untuk menulis laporan mengenai apa yang harus dilakukan di Malaysia berdasarkan tajuk kami dan laoran tersebut hendaklah menggunakan Open Office Writer yang telah dimuat turun sendiri dari internet.

Sekian

Friday, 14 October 2011

Minggu 5

Pada minggu ini kami telah diminta untuk membuat kajian mengenai tajuk kami pada minggu lepas (Open Source software) dan membuat literature review dan menulis laporan dengan menggunakan OpenOffice. Saya akan post kajian saya di blog ini setelah saya siap membuat kajian.
Sekian.

Learning Management System(sistem pengurusan pembelajaran)

Learning Management System

What is it?
Learning management system is a software application for the administration,documentation,tracking and reporting of training programs,classroms and online events,e-learning programs and training content.It is an interactive programs that have an online discussion between the students and their lecturer.

Why learning management system?
This software is to make the students easier to do their work there.Besides that,because of the modern and the globalization era,the learning method also change. This software is used to train us to improve the administration skills and communication skills. This software is also permit us to  access this system ba\ecause it is web-based ASP’s.

Who using the learning management system?
This software is mostly used by the lecturer and the teachers because this is the easier way for them to analyze the students assignment and easier for them to communicate with their students.Besides that,students also used this software to complete  their assignment and they can communicate with their lecturer.

How to use it?
Those who wants to use this LMS must register as a new user and get the password before they can access to this system.After that,they can explore the features in it.

Where does this software used?
It is use in institution, universities and  school.

Open source software of this system
-The sakai project
-Docebo
-System Moodle
-eFront
-Dokeos
-OLAT

Advantages of Learning management system
-They can access this system anytime and anywhere they like.
-It is fully secure and legal
-students and the lecturer can communicate anytime and anywhere via email,chat,video conference,discussion board and etc.
-The student can upload their assignment to their lecturer via this system and this will save the student energy and time.
-The lecturer note can be downloaded by the students at anytime

Monday, 10 October 2011

Perisian Sumber Terbuka(Open Source Software)

Tugasan yang kedua pula kami telah diminta untuk mencari dan membincangkan maklumat yang berkaitan dengan perisian sumber terbuka (open source software).Berikut adalah maklumat yang telah kami dapati.



Definisi Perisian Sumber Terbuka

Apakah perisian sumber terbuka? (What)
sumber perisian terbuka adalah perisian yang kod-kod sumbernya boleh dikongsi bersama tanpa ikatan hak cipta yang ketat.Secara ringkasnya kod-kod perisian terbuka boleh dimiliki,dilihat dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia mematuhi hak cipta asal sumber terbuka.

Mengapakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (Why)
Kewujudan perisian ini adalah penyelesaian kepada masalah virus, malware, perisian cetak rompak dan beberapa perkara yang berkaitan dengan ancaman keselamatan dan kos perbelanjaan yang sering dikaitkan dengan isu komputer sekarang.

Bagaimanakah perisian sumber terbuka digunakan? (How)
Setiap pengguna boleh berkongsi kod sumber yang sama dan menyesuaikannya mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Siapakah yang menggunakan perisian sumber terbuka? (Who)
Pihak yang mempunyai sumber kewangan yang terhad seperti sektor awam, sektor perniagaan, institusi pengajian dan orang awam boleh menggunakannya kerana perisian yang ditawarkan adalah percuma.

Bilakah perisian sumber terbuka diwujudkan? (When)
Sumber terbuka mula dipopularkan di California pada bulan Januari 1998. Di Malaysia pula Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (OSS) Sektor Awam mula dilancarkan 16 Julai 2004. Malaysia menjadi negara terawal yang melaksanakannya setelah 6 tahun perisian ini dilancarkan.

Di manakah perisian sumber terbuka digunakan? (Where)
Perisian sumber terbuka ini digunakan di dalam pejabat sektor-sektor perniagaan dan institusi-institusi pengajian

Kelebihan Perisian SumberTerbuka

1)Tiada paksaan untuk menaiktaraf sesuatu perisian
Pembekal yang membekalkan perisian sumber terbuka tidak memaksa pelanggan untuk menaiktaraf perisian mereka malahan pelanggan diberi pilihan samaada untuk menaiktaraf perisian tersebut ataupun tidak. Manakala pelanggan yang menggunakan perisian berbayar perlu menaiktaraf perisian apabila tempoh masa perisian tersebut telah tamat tempoh. Hal ini kerana penaiktarafan ini adalah untuk menjamin kelangsungan keuntungan kepada pihak pembekal tersebut.

2)Kos yang efektif  
Perisian sumber terbuka selalunya tidak mengenakan bayaran kepada pelanggan.Hal ini akan membantu syarikat dan negara yang menggunakannya untuk menjimatkan kos pengurusan.

3)Perisian yang lebih selamat
Disebabkan kod sumber adalah terbuka,ramai yang memeriksa kod sumber dan lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan.Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.


Contoh perisian sumber terbuka

1)Linux

2)Mozilla

3)Open Office.org


Terma Pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut:

1)Pengedaran semula bebas
Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber.Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu.

2)Kod sumber
Aturcara perlu mengandungi kod sumber dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pegaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara .Kod sumber yang sengaja mengelirukan dan bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan.

3)Kerja bersumber
Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.

4)keutuhan kod pencipta kod sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda. Lesen tersebut perlu membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda.

5)Tiada diskriminasi terhadap seseorang atau kumpulan.

6)Tiada diskriminasi terhadap usaha bidang lain
Contohnya lesen tersebut tidak melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan atau kajian genetik.

7)Pengedaran lesen
Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada mereka yang mengedar semula aturcara tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan.

8)Lesen tidak boleh khusus kepada satu produk
Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu.

9)Perisian tidak boleh menghadkan perisian yang lain
Perisian tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal.


sekian

Wednesday, 5 October 2011

Komputer dalam Pendidikan

Komputer dalam pendidikan(ge1155) adalah kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar tahun pertama Fakulti pendidikan UKM Bangi. Hal ini adalah kerana selaras dengan perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan pembelajaran dan pengajaran pada masa kini adalah berasaskan teknologi maklumat.. Oleh itu para bakal guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran menggunakan teknologi maklumat.

Pada kelas yang pertama kami telah mempelajari mengenai cara membuat yahoo mail,google mail,google group,facebook,facebook group dan membuat blog..

Yahoo mail dan google mail

Yahoo mail dan google mail adalah bertujuan untuk menerima dan menghantar email daripada coordinator kursus kami iaitu Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan lecturer kami iaitu Puan Norhafizah Adnan.Kami telah diminta untuk mendaftar alamat email kami menggunakan nama penuh kerana termasuk dalam etika berkomunikasi secara maya.. Sebelum membuat yahoo mail dan google mail,kita perlu pergi ke laman web ini www.yahoo.com dan www.google.com dan tekan pada mendaftar. kemudian akan keluar borang yang perlu diisi dan pelajar perlu mengisi nama penuh,tarikh lahir,alamat ID(contoh:farah.alwanie25@gmail.com) dan beberapa soalan lagi sebelum pelajar layak untuk membuat email..  Untuk memahami dengan lebih lanjut,berikut disertakan video mengenai cara-cara untuk membuatnya.



Facebook account

Perkara yang kedua yang perlu kami buat adalah membuat facebook account. Seperti yang telah kita maklum facebook adalah medium untuk memudahkan kita berinteraksi dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. Kami telah diminta untuk menambah kawan-kawan sekelas kami(S1K4),lecturer kursus dan coordinator kursus.kami juga diminta untuk memperkenalkan diri kami setelah menambah sebagai kawan kerana hal ini juga adalah etika berkomunikasi secara maya.
Berikut adalah tutorial untuk membuat facebook.


Yahoo Group

yahoo group bertujuan untuk memudahkan perbincangan antara ahli kumpulan dan tajuk yang dibincangkan adalah terbuka. Kami telah diminta untuk "join"  group kursus http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 dan telah diminta untuk membincangkan mengenai perbezaan antara yahoo mail dan yahoo group. Perbezaan yang saya dapati adalah seperti berikut: 
Perbezaan antara yahoo mail dan yahoo group adalah yahoo mail bertujuan untuk menghantar maklumat dan fail bermaklumat(attachment). Yahoo mail boleh  ditujukan kepada individu atau beberapa individu. Manakala yahoo group bertujuan untuk perbincangan dalam kumpulan dan tajuk perbincangan diutarakan oleh moderator. Perbincangan dalam yahoo group hanya boleh dilihat oleh individu yang menjadi ahli kumpulan tersebut sahaja..
Setelah itu,kami telah diminta untuk membuat yahoo group dan menamakan group tersebut dengan matrix number dan group (ex: a137181s1k4) dan meletakkan nama dan program dalam description box.(ex: Farah Alwanie Ali-Khas).  Setelah itu,kami telah diminta untuk invite coordinator kursus dan lecturer kursus untuk join group tersebut. 

Facebook group


Kami telah diminta untuk membuat facebook group untuk mempermudahkan kami mengadakan perbincangan antara ahli kumpulan. Kami perlu menamakan facebook group kami dengan matrik number dan group(sama seperti yahoo group) dan perlu invite kawan-kawan sekelas,coordinator kursus dan lecturer kursus ..Facebook group ini akan digunakan untuk perbincangan untuk tugasan pada minggu akan datang.. 
Blog

Perkara yang terakhir yang perlu saya capai adalah membuat blog. Blog ini boleh dibuat melalui google account atau melalui www.blogger.com. Sebelum ini saya tidak pernah ber'blogging' tetapi saya hanya suka membaca blog yang telah dibuat oleh orang lain.. Namun begitu,saya telah diminta untuk mencipta blog sendiri untuk berkongsi maklumat dan hasil pembelajaran yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.. 

Setelah semuanya telah siap dibuat,kami perlu meletakkan signature di dalam yahoo mail dan facebook  mail.

Diharap blog ini dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar yang mengikutinya.
Sekian